PEMANDU TEKSI AKAN LUMPUHKAN KL JIKA TUN M ENGGAN LETAK JAWATAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOqXiQRe3hoSuGyu-suHj3HN5GbMaSyZw1nPzp2W9gOa4RaVJNE6aZdUzun-Fgk7VyIbcl7O5tWetBsaPq48C4uA5_P3C4xe_e3DCj5xDGM09KjGNMftQtFe5cXn6KHLalf3IVkbKqrp7r/s1600/IMG-20151119-WA0075.jpg

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tuan-tuan, saudara dan saudari,

Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr. Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap.

Tuan-tuan, di media sosial kini penyokong-penyokong Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu-pemandu teksi.

Kita digelar orang yang busuk, gasar, kita orang yang biadap dan pemandu teksi dikatakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi.

Tidak cukup kita dihina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber.

Tanya diri tuan-tuan sendiri, adakah kita bodoh, biadap seperti mereka katakan?

Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun, di kalangan kita ada yang anak-anak sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi.

Tuan-tuan, bila penyokong Kerajaan galak memburuk-burukkan kita di media sosial lama-lama orang ramai tidak mahu guna perkhidmatan teksi.

Sedarlah ini bukan saja tabur pasir dalam periuk nasi tapi seolah-olah mahu merampas periuk nasi kita.

Kita ada persatuan, kita juga ada koperasi, bukan saja di KL tetapi di seluruh negara.

Sampai bila kita pemandu teksi mahu berdiam diri dan membiarkan Kerajaan yang memerintah belum sampai setahun jagung ini memburukkan kita?

Kita akan lumpuhkan bandar Kuala Lumpur!

Kita bermula di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tarikh dan masa akan diberitahu. Mohon tuan-tuan dan saudara semua panjangkan mesej buat kumpulan pemandu-pemandu teksi di KL.

Kita bukan mahu menyusahkan rakyat daripada jalani rutin harian tetapi kita mahu desak Kerajaan berunding dengan kita.

Terima kasih.

Jamil Mat Desa
Pengerusi
Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan

Comments

  1. KERA jaan yg bodoh.. Pemandu Teksi ini adalah DUTA kepada MALAYSIA.. Kalau mereka mengatakan yg tidak baik pada pelancong kan parah jadinya.. sendiri mahu ingat arrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat ang ingat pelancung tu semua bodo ka. Sebelum mae atau pi mana2 deypa da google habih dah. Takat nak muhong deypa wat ngabih boreh ja. Yg penting sikap pengusaha2 teksi ni kena ubah kena berbudi bahasa jgn somong.

      Delete
    2. Tak kemana pun ancaman mogok korang

      Delete
    3. Mogok la sampai ke titisan tahik terakhir. . X goyang la takat teksi x dak.. Cari uber dan grab lagi senang. .Harga pn murah berganda2

      Delete
  2. Elok lah bubar kerajaan yang ada sekarang sebab mereka berkuasa pun dgn Cara fitnah dan menipu rakyat...Dan ternyata Hari ini berbagai kezaliman yang berlaku..rakyat telah Mula curiga mencurigai Antara Satu kaum dgn Satu kaum yg lain akibat permainan politik kotor olih ahli politik.kedudukan ekonomi..harga barang yg konon nya Akan turun jika tiada gst tetapi tidak Makin naik ada..janji janji manifesto yg diingkari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kerajaan yg diagong2kan sekatang. Bantahlah sehebat2nya ....semoga berkesan
      Jika tal berkesan...terpaksalah tunggu PRU 4 tahun 6 bulan lagi..
      itupun kalau boleh terjatuh dgn undi.!!!!

      Delete
    2. Alhamdulillah makin ramai rakyat sedar keburukan ph dari mula lagi menipu rakyat dgn taburan fitnah dan janji palsu untuk menangi undi dan kini semua janji mereka hanya d capati dan tidak apa kebaikan atau menambah kebaikan yg mereka telah lakukan kpd rakyat dan negara tercinta

      Delete
  3. Kata nak pembaharuan BN penipu Dan mcm 2 lagi dri Kata 2 pemandu teksi tudoh mcm 2 Kat DSN Dan DSRM grab Rosmah pya skrg terima aje kerajaan baru yg di pimpin mahatir kutty sampai 5tahun skrg baru 5 Bln bagi LAh masa Ya Driver teksi sdri mau 👋 👋 👋

    ReplyDelete
  4. Jom naik grab lpas ni.. hantar semua teksi ke neraka

    ReplyDelete
  5. What are u saying? Cannot understand your English.

    ReplyDelete
  6. Pemandu pemandu day Tak yakin lepas kah Lah jawatan mereka dah tak yakin yak bust mcm Mana bersalah bukan bererti Kita kalah lepas bagi mereka senang hati

    ReplyDelete
  7. Kenapalah nak takut sangat..bagilah perkhidmatan yang baik dan jadi lah competitor yang bagus. Kalau semua orang berfikiran seperti kamu maka Malaysia tak akan begerak kehadapan. Kalau nak hapuskan e-hailing kamu tak kacau periuk nasi mereka ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi ...tapi kerajaan jangan berat sabelah..adil utk semua...jgn ckp bn makan rasuah ph pun apa kurangnya..malah lebih teruk dari bn...ckp x saberapa bikin..

      Delete
    2. Buktikan rasuah PH tu. Lapurkan kat MACA..

      Yang BN tu sah pengyangak korup, lihat PM DPM dan seluruh keluarga BN dah ke Mahkamah.

      Lapurkan PH juga, tak payah dulu BN dan kini PH busuk mulut kerajaan Malaysia, hanya kerana kamu semua ketinggalan zaman.

      Pelanggang tu raja, tau.

      Delete
    3. dah buktikan pun tapi terus dapat keluar makhamah lum sempat bicara.. cth : lim guang eng tu

      Delete
  8. bagus la...teksi pon dh tak diperlukan lgi dah.. memang teksi cekik darah.. letak harga sesuka hati mak bapak dia ja.. elok pupus jala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..saya pun dah byk kali mengalami pengalaman pahit dgn servis pemandu teksi ni. Zaman dah maju..tapi fikiran masih ditakuk lama. Sedih

      Delete
    2. Setuju!!! Diorang tak lihat ke pada kejadian dimana pemandu² teksi memarah tun hamun tun tadi??

      Delete
    3. Dah lama tk naik teksi KL ttp pengalaman 20 tahun dulu tk ada yg manis.. seram dan takut.. selalu dpt driver ckp lucah

      Delete
  9. Sepatutnya pemandu taxi perlu memberi saingan pada grab dgn memberi perkhidmatan yg lebih bagus dan mematuhi undang2 dgn lebih telus bukan bertindak sesuka hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju....teksi patut berubah dengan cara yang bersesuaian....dulu dulu saya naik teksi kat KL mesti letak harga dulu...meter tak nak guna...pernah letak harga 5 km RM30...mahal

      Delete
  10. jom pulau teksi. mulai hari ini kita pakai grab. lebih selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pon ...service teksi mcm hamjadah,depa ingat depa sapa dok ugut2 tun m plak,depa ingat depa raja,nk ikut kemahuan depa jer....oii org teksi belajar la bersaing dgn grab,tk nk cabaran dlm mencari rezeki,gi terjun bangunan tinggi abis cite...

      Delete
  11. Muhasabah diri masing2 cuba tnya diri knapa org x nk naik teksi skrg,dlu xde jln lain sbb teksi jer ade..bla mcm2 kes yg berlaku berkait dgn teksi lama2 nama teksi tu sendiri buat setgh org takut nk naik..adatlh manusia ni klu kehendak hati x diturut msti berontak..kita smua cmtu..kdg2 ikut prasaan tapi kita x cuba langsung nk cari punca n sbb satu2 perkara tu berlaku..aturan allah swt x bleh lari...ade sbb knapa allah buat smua ni terjadi..yg tahu sbb n punca tu org yg bwk teksi jer..luar dri tu mmg x tahu sepenuh nya..berdoa pd allah..cari jawapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah.. Org x naik teski bukan sbb kerajaan dulu or sekarang yg suruh..tapi sebab service yang entah apa² dan harga yg x masuk akal.. So improve kan korg punya service & upgrade apps teksi guna system e-helling sama..br ada kemajuan

      Delete
  12. Bersaing secara sihat, rezki Allah Maha Luas....

    ReplyDelete
  13. Yg komen keburukan pemandu teksi ni rakyat bukan gomen!

    Anda ni layak ke jadi pengerusi kalau punca masalah pun x boleh nak kesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya memburuk pemandu teksi... Tapi fungsi teksi yg dipertikaikan... Cuba muhasabah... Knp ramai org pulau teksi... Bukannya pemandu teksi

      Delete
  14. Apa salahnya kalu teksi pun buat mcm grab... Jadi teksigrab... Dulu nokia gah... Skrg nokia masih wujud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade dengar2 teksi dah boleh join grab.. Btl ke?

      Delete
    2. Grab teksi sudah lama wujud. Cuma terpulang kepada teksi nak join atau tidak. Tambang of course tak setinggi tambang teksi la...

      Delete
    3. Teksi setiap 6 bulan mesti masuk semua kena buat tayar sampai servis puspakom kena test. Bayar dis puspakom. Rotax jpj lagi kena bayar insurance penumpang kena beli mesti ada GDL penumpang.permit SPAD kenA bayar. 1 hari teksi kena bayar pada syarikat teksi rm30.00. GRAP apa sangat ada rotax kereta baru lepas tu daftar shj.

      Delete
    4. oi bodo..dah tau grab senang pesal ko x join buat grab je..sengal..nk jugak menyusahkan diri mcm lembu

      Delete
  15. kena pikir. sbb apa penumpang tak mau naik teksi? sbb system ke? sbb condition kereta ke? sbb sikap pemandu teksi ke? sbb tambah tinggi dari pemandu teksi ke? sbb tambah dah standard ke? jgn dok tuduh PH ka BN ka GRAB ka MYCAR ka.. pikir dulu sbb apa.

    ReplyDelete
  16. Teksi mmg adalah salah satu duta Malaysia. Tp kalau teksi ko buruk, kotor, tak basuh, bau busuk, itu ke duta.. Pikir2 la ye... Dari berdemo, baik cari pelanggan naik teksi.. Dpt jugak rezeki da duit modal minyak..

    ReplyDelete
  17. Mmg teksi biadap mcm sial... Buat sesak dekat city square..mmg bangsat... Ade meter xnk guna..lpas tu slahkn kerajaan.. sndiri bodoh sndiri slhkn org lain.. spe slah?? Korang pemandu teksi yg bodoh..

    ReplyDelete
  18. Kan boleh je dgr dan bincang baik2 dgn Tun M.. Bkn buat kecoh dan bersikap biadap mcmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak bicang lah dgn org tua tak sedar diri kaki penipu kecing kuat

      Delete
  19. Sudah tiba masanya kerajaan pakatan tunjukkan kebenaran dgn menentang dan mengambil tindakan kpd mereka yg cuba menjatuhksn kerajaan yg sah. Bagaimana dulu penunjuk perasaan pkr dan bersih semuanya tidak lepas dari tindakan dan didakwa dimahkanah.

    ReplyDelete
  20. pemandu teksi tolong bawak laju sikit boleh tak. awak bawa perlahan kemudian meter naik terus menerus. disebabkan awak tk jaga masa penumpang tambang jadi mahal. tolong ubah.
    kami boleh terima je.

    ReplyDelete
  21. Cara gangster akan dimasukkan kedalam jail .. lagi menyusahkan diri .. haha bangang bin bodoh

    ReplyDelete
  22. Lumpuh la Kami nk tgk handal bebenor....3 Hari org tk Naik teksi kebulor la awk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. banyak lagi pengangkutan awam yg lain org boleh pilih

      Delete
  23. Kau komen ni kau tahu tak apa kah nasib pemandu tu kau kata driver teksi lidah darat abih pihak berkuasa tu buat apa makan gaji buta....polis tu buat kerja jugak masaalah dadah lebih 40 tahun tak boleh selesai jugak .....Ini masaalah pergankutan 1)masaalah kebajikan permandu tu tidak di perduli....yang bawa grab tu manusia ke robot. ....kalau dia manusia dimasa depan akan jadi sama jugak mcm permandu teksi.. . .TEKSi di kawalselia selia oleh Kerajaan tambang dulu nak Tunggu naik keta hampir 15 th. . . Mcm lagi kesah lidah darat .. . Sebab itu lah permandu itu jadi tak ketuan ....bukan semua permandu teksi bergitu mukin ditegah2 kota yang sibuk.. ...di taman atau dikampung2 ada kah permandu teksi tu teruk jugak. ....Masaalah sistem tu yang tak Betul jadi permandu teksi perlu laku sesuatu .....Atau pun nak tukar nama teksi ke nama lain Kalau Kau komen rakyat Malaysia. .. ..cuba suruh Kerajaan Malaysia ni tukar nama bola yang masuk gol. ..tak perlu jerit gol .....Jerit bongok pulak.... Bila bola masuk je gol semua jerit bongok ok tak..... 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  24. Kau komen ni kau tahu tak apa kah nasib pemandu tu kau kata driver teksi lidah darat abih pihak berkuasa tu buat apa makan gaji buta....polis tu buat kerja jugak masaalah dadah lebih 40 tahun tak boleh selesai jugak .....Ini masaalah pergankutan 1)masaalah kebajikan permandu tu tidak di perduli....yang bawa grab tu manusia ke robot. ....kalau dia manusia dimasa depan akan jadi sama jugak mcm permandu teksi.. . .TEKSi di kawalselia selia oleh Kerajaan tambang dulu nak Tunggu naik keta hampir 15 th. . . Mcm lagi kesah lidah darat .. . Sebab itu lah permandu itu jadi tak ketuan ....bukan semua permandu teksi bergitu mukin ditegah2 kota yang sibuk.. ...di taman atau dikampung2 ada kah permandu teksi tu teruk jugak. ....Masaalah sistem tu yang tak Betul jadi permandu teksi perlu laku sesuatu .....Atau pun nak tukar nama teksi ke nama lain Kalau Kau komen rakyat Malaysia. .. ..cuba suruh Kerajaan Malaysia ni tukar nama bola yang masuk gol. ..tak perlu jerit gol .....Jerit bongok pulak.... Bila bola masuk je gol semua jerit bongok ok tak..... 😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengaj pemandu teksi caj tambang x pakai meter...aku dah kene banyak kali ada yg smpai aku bertekak nak buat report...dan kalau korang nak tau ade yg jenis gengster ugut n ajak gaduh..bayangkan dr taman beringin jinjang utara nak ke brem mall rm15...zaman tu aku takda pilihan lain selain bas atau teksi . skrang dah ada pilihan jd good bye kpada teksi dan dengan rm11 atau rm12 aku boleh naik grab dgn aman dan selesa dr jinjang ke tesco selayang..terlalu berbaloi...ni la pengalaman aku..sorry bro

      Delete
    2. Ini contoh betul sikap pemandu teksi..x pakai meter..suka2 letak harga..

      Delete
    3. Kebanyakan pemandu teksi sukahati je buat apa nak kutuk apa..dulu dulu saya naik teksi pemandu berceloteh kutuk kerajaan..kutuk pemimpin....tak semualah sedikit je yang baik...3/10

      Delete
  25. Dulu sebelum Pru14 Teksi bukan main jilat PH Dapigs konon janjikan na hapus Grab.. teemakan fitnah konon grab Rosma punye...
    Sekarang rasakan..... Puihh...
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  26. Itu kifarah dosa yg selama ni Pemandu teksi buat terhadap rakyat Malaysia sebelum wujudnya ehailing. Korang tipu meter korang tipu tambang dan mcm2 lagi. Tukar kerajaan mana sekali pun rakyat Malaysia dah Mmg benci dgn sikap segelintir Pemandu teksi. Bila jd mcm ni korang npk apa Yg kerajaan tak buat utk kau tapi hakikatnya benda yg korang tipu pengguna korang tak npk. Jgn politik kan la benda ni Ubah sikap korang tu dulu jgn nak tuding jari kat orang hakikatnya diri sendiri yg tak betuk

    ReplyDelete
  27. Rayat malaysia ni smua cerdik2 and boleh fikir jauh. Nak bandingkan kerajaan yang dh perintah puluhan tahun dengan yang perintah tak smpai 1 tahun. Memang la tak nampak hasil lagi. Lagi satu. Klau betul la pemandu2 teksi bukan mcm apa yg tun M gambarkan tu. Buktikan pada tun m dan org awam yang u guys bukannye mcm apa yg tun M ckp kn tu. Tapi majoriti yang aku pernah naik teksi setakat ni. Smuanya mcm apa yg tun M ckpkan tu betul. Lagi2 yang jenis ada meter tapi tak nak guna or salah guna. Hmm. Apdaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memamg mcm tu entah apa apa je bayaran mesti sekali ganda dari harga ikut meter.......meter ada tapi letak harga dulu..

      Delete
  28. Hidup abang-abang texsi,truskn perjuangan

    ReplyDelete
  29. Boleh buat tapi kalau pusing2 pakai teksi macam dah tak sesuai. Cuba tukar cara contohnya cari kereta buruk yg dh tak ada status dalam 3/4 biji jalan depan sekali teksi ikut belakang. Pilih 1je lokasi lepastu kereta buruk yg depan pakir tengah jalan buang la apa yg patut kira tak boleh dihidupkan. Jadi kalau teksi kena suruh bergerak pun memang dah tak boleh pasal ada halangan di depan termasuk la bukan teksi yg dah termasuk dalam kawasan sekatan.

    ReplyDelete
  30. Itu kifarah dosa yg selama ni Pemandu teksi buat terhadap rakyat Malaysia sebelum wujudnya ehailing. Korang tipu meter korang tipu tambang dan mcm2 lagi. Tukar kerajaan mana sekali pun rakyat Malaysia dah Mmg benci dgn sikap segelintir Pemandu teksi. Bila jd mcm ni korang npk apa Yg kerajaan tak buat utk kau tapi hakikatnya benda yg korang tipu pengguna korang tak npk. Jgn politik kan la benda ni Ubah sikap korang tu dulu jgn nak tuding jari kat orang hakikatnya diri sendiri yg tak betul. CnP

    ReplyDelete
  31. Hahaha...taksi KL nak mogok?
    Lu mogok..lu tak ada gaji maaa...Grab lagi hepii..lu pikir la sendiri..jgn tunjukkan KEBODOHAN korang..fikirlah dgn lebih resionak.TM dtg ke langkaw naki dgr sendiri permasalahan Taksi Langkawi..Patut TM tak payah buat mcmtu pun..Kita ada Menteri pengangkutan yg bertanggung jawab atas permasalahan Taksi2 ni..tp sebagai PM..dan MP kuah..TM luangkan masa utk korg..Tapi ada segelintir yg MUNGKIN telah diupah utk menimbulkn kekacawan di Majlis tsb..Wahai Taksi2 Driver..dunia makin berubah..kalau anda masih duduk disitu..tengok sajalah kemajuan org lain..Ambil iktibar Nokia..

    ReplyDelete
  32. Memg dosa yg kau org laku kan dulu.. Time bn pegang kaulah talibarutnya.. Skg ph pegang.. Kau macam lalang lah.. Nak buat baik pulak dgan ph... Kalau ph tak layan kerenah kau.. Kau nak guling pulak. . Gulingla kalau kau berani.... Kerajaan nak peduli apa... Grab banyak skg bro.. Tak pyah lah kau nak ugut ugut kerajaan pulak.. Kesihan aku tgok kau org ni.. Krajaan dah bagi grab texi..tapi kau org tamak. .nak lebih la apa la... Mangkut hayung betul la.. Memg kau org pemandu texi tak bersyukur rezeki yg Allah bagi.. Sebab tu la jadi mcam ni.. Padam muka

    ReplyDelete
  33. Kalau teksi ni dah bertapak berpuluh tahun dalam malaysia kenapa garab yg setahun jagung tu boleh kalahkan korang. Takkan taun2 driver teksi tak boleh nak bersaing @ tuan2 sememangnya takut bersaing sbb tuan2 tak boleh buat sesuka hati. Sy pernah naik teksi yg gunakan apps grab sia org cakap ok je pelanggan.

    ReplyDelete
  34. inilah kifarah hidup manusia..ada yg baik dan ada yg buruk..tapi majoriti yg berperangai buruk memilih pekerjaan sebagai pemandu teksi..bila bawa teksi bawaklah perangai buruk tu sekali...perangai hodoh penumpang pun xsuka dan serik gunakn khidmat teksi..ratanya bila ditegur buat perangai mcm samseng..ceh hidup lah mcm tu..xder siapa nak pedulikn nasib kamu lagi..

    ReplyDelete
  35. Aku tak pernah pula jumpa drebar teksi yg kurang ajar. Semua baik2 belaka. Cumanya teksi buruk & tak guna meter tu biasa.

    ReplyDelete
  36. https://thecoverage.my/news/malaysia-rank-world-no-1-for-the-worst-taxi-drivers-in-the-world/

    ReplyDelete
  37. Saya dtg dari masa depan. Nak ceritakan kronologi akan berlaku kalau plan lumpuhkan KL..

    - beberapa (tak semua) pemandu teksi yg bodoh2 alang berkumpul menyekat trafik yg dh sedia sibuk
    - mereka melaung2kan slogan anti kerajaan dgn kata2 kesat mcm biasa dibuat sblm ni
    - org awam yg tak bersalah terjejas akibat kesesakan dan menyusahkan urusan seharian peniaga2
    - keadaan sukar dikawal dan polis diarahkan utk menangkap pembuat onar kerana membuat perhimpunan haram
    - beberapa pemberontak takde otak ditangkap dan berdepan pertuduhan
    - permit teksi dan lesen memandu digantung
    - kerajaan memutuskan tiada lagi kenderaan bernama teksi boleh beroperasi di Malaysia

    Tahniah! Ini yg mereka mahu. Elok2 diajak berbincang nk jugak guna cara kasar.

    ReplyDelete
  38. Korang tuai la apa yg korang dah tanam sebelum ni..

    ReplyDelete
  39. Kebanyakan syrkt teksi kepunyaan org Menteri umno.
    Nadzri Aziz berapa ribu permit
    Napsiah berapa k.
    Tamatkan permit.
    Siapa nak bawa teksi...bg permit individual..Sama macam grab atau Uber.
    Kita mahu Serviis baik Dan berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini yg terbaik, sesiapa ada permit dan taxi walau individu kena bersaing bukan monopoli. penumpang bayar tambang inginkan perkhidmatan yg baik bukan diherdik..

      Delete
  40. Hidup Pakatan Harapan. Biar apa pun terjadi aku sokong Tun Mahathir

    ReplyDelete
  41. pada peringkat ini, aku lebih berpihak kepada pemandu teksi. ialah, sbb satu pihak(grab dan uber) telah kaut keuntungan yg banyak. satu pihak senang, satu pihak susah ....org yg susah tk sewenang2 nya nak buat mogok. tapi dah sebab masalah periuk nasi, sesiapa pun blh jadi hilang arah.kome(org 2 senang) tak pe la dok kutuk pemandu teksi sbb korang dok dlm keadaan senang. cuba dok dan selami keadaan pemandu teksi. kalau diorang tk susah ada diorang nk mogok suka2?
    dalam hal ni kerajaan kena main peranan.

    ReplyDelete
  42. Grab ini sebenar yg lupa diri sebenarnya dulu sebelum nama grab adalah my teksi
    dia hilang nama my teksi dia tukar nama grab sedang kan
    sampai sekarang masih menumpang nama my teksi
    Sebab syarikat grab ini ada kalau pergi semak dekat ssm ini berdaftar atas nama my teksi sebab dia nak untung besar dia tukar grab sebab masa my teksi dia hanya boleh ambil RM0.50 hingga RM 4.00 setiap rtip tetapi kalau grab dia ambil 20..% setiap apa yg pelelangan bayar itu sebab itu dia tak mahu mengguna teksi
    Sedang kan dia menunpang atas nama syarikat my teksi

    ReplyDelete
  43. Kalau kita bawa taxi tau lah...susahnya macamana....jgn senang nk cakap lepas..ramai shabat saya dulu yang bawa taxi.macam2 nk bayar....sewa taxi.kalu sakit..gaji x jalan....fikir2 kan...lebih2 lg ank ramai...

    ReplyDelete
  44. Buat lawak ka apa ni.... Teksi ibarat mcm beca la... Skrg dh xdiperlukan.... Lagi baik pilih grab... Mycar

    ReplyDelete
  45. Mohon bogok smpai 10 tahun ya 🤣🤣Pemandu teksi kena tanya diri sendiri kenapa org x pilih teksi.. adakah sebab pemimpin, atau sikap pemandu itu sendiri.. zaman dah berubah..

    ReplyDelete
  46. kenapa harga teksi tak boleh murah??? gas hanya RM11 lebih je setabung. setabung boleh ulang alik dari KL ke KLIA beberapa kali. kalau ikut rate grab tambang ke klia hanya 75 termasuk toll. kalau harga teksi tak tau la berapa kau hentam. grab guna petrol pun boleh bagi harga itu. patut teksi boleh bagi harga RM50 termasuk toll. baru la org akan cari teksi... tak gitu?

    ReplyDelete
  47. Jadi driver grab mcm dibodohkan pengusaha grab dan penumpang.. bongok otak x berkembang..

    ReplyDelete
  48. Berhenti bawa teksi .. buat lah uber & grab pakai kereta sendiri apa lah kebengap sangat sampai ke tua.. dah berpuluh tahun2 pengusaha dan syarikat untung dari duit sewa ..

    ReplyDelete
  49. Tadi baca dekat atas ada yang komen teksi ibarat duta kepada Malaysia....sekejap rasa overclaim ni tak layak langsung dengan attitude driver teksi yang biadap..mogok lah tak de sape kisah sebab orang sekarang semua naik grab sebab murah..

    ReplyDelete
  50. pemandu teksi pernah tipu aku..pernh jgk ckp kasar ngn aku...mmg pintu rezeki korang xkan terbuka luas dgn sikap korang mcm ni..siyes la pemandu taxi ..korang dah tunjuk tahap paling rendah korang adab biadap lama dah..bkn ngn PM ja..kau ingt netizen akn pilih korang ke?? buat blog ayat sedih ni..ingt kami akan bersimpati ke?? korang masa ada custmr pun layan kami ni mcm binatang jgj..maki custmr.. mcm ni la pemandu taxi.. rezeki dr Allah..yg kau nk slahkn PM knp?? dia nk samakn sistem grab ng korang..nk usahakn..tp korang ni benakk..terlalu benak,dah la bodoh(bkn nk hina,tp mmg kena hina sbb korang tunjuk benak n kebodohan) ..mcm ni ke hidup korang selama ni ngn ank bini?? maki hamun jgk ke?? mcm ni ke korang nk cari rezeki?? hidup dgn org lain rasa terasa hati ngn perbuatan korang...mmg patut pintu rezeki yg Allah bg tertutup nipis..Allah maha adil..

    ReplyDelete
  51. Jamil Mat Desa ni terang2 penghasut dan batu api. Org mcm ni la duri dlm daging persatuan teksi. Wahai pemandu2 teksi, cermin diri masing2. Lihat keadaan sekeliling. Lihat rakan2 pemandu teksi anda. Benar ke apa yg rakyat Malaysia katakan? Bkn kerajaan skrg je yg kata. Dpd dulu lg mcm2 kes dpd pemandu2 teksi di seluruh negara. Nak mogok jugak teruskanlah. Jangan jadi bodoh curah pasir dlm periuk nasi sendiri. Jadi bahan ketawa ke nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah naik teksi pergi ke destinasi dari A ke B yg memerlukan hanya 10 minit jalan dan TIDAK jem! Sa ambil keputusan utk menaikinya sebab luggage dan barang yg banyak, dan saya hanya seorang. Tapi begitu pun rm15 dan diminta kasi halal. Satu kali lagi, sa balik dari destinasi B ke A. Laptop sa dilempar macam mainan. Luggage dihampas ke lantai macam lah bukan luggage. Dari zaman remaja hingga lah sekarang sa masih lagi guna perkhidmatan teksi cuma jarang kerana sikap yang kurang sopan dan harga yang tidak masuk akal. Pak cik ,kami tidak mahu ambil perkhidmatan teksi mesti ada sebab. Bukan semata mata dengar hasutan trus tidak mahu, sebab bukan semua rakyat malaysia tidak guna organ yang bernama OTAK.

      Delete
  52. https://www.youtube.com/watch?v=mHIGJ9_-kFU tengok dulu baru komen

    ReplyDelete
  53. Uber serta Grab nie bermula ERA NAJIB RAZAK kenapa org lain dipersalahkan...

    Masa bermula kenapa x bising..

    Org lain pulak nk dipersalahkan.

    Cerdik x boleh ditumpang
    BODOH x boleh di ajar

    ReplyDelete
  54. Sebelumnya sya berterima kasih juga dgn Taxi, karena dahulu sllu menggunakannya, walaupun sllu d kenakan bayaran yg sangat mahal. Dan sekarang saya lebih suka dgn perhikmadtan Grab, karena bayaran yg bisa dibilang murah. Dan ini bukan siapa yg slah, sya lebih memilih Grab berbanding taxi, tapi sya bukan membenci taxi, tapi sya benci pemandunya, yg gak timbang rasa, dan egois.(kurang seringgit pun gak mau terima, padahal jarak mungkin 600m, kena cas rm15, sya cuman kurang seringgit waktu itu, tpi d paksa untuk cari seringgit tuk genapi. Sya cuman bisa merenung matanya, untuk mengharap pengertiannya, namun keegoan nya,menutupi nuraninya. Titip salam dri negri seberang.. Buat pemandu Taxi ini. Waktu nya untuk kmu rasakan nilai seringit kini dalam perhitungan, antara nasib dan karier...

    ReplyDelete
  55. Jangan tuduh semua pemandu taxi tak elok. Hanya segelintir sahaja. Nila setitik habis susu sebelangga. Kita perlu ada perbincangan dan penyelesaiannya...

    ReplyDelete
  56. Gabung jelah Teksi dengan e-hailing nie...
    Teknologi semakin maju.... anak muda semakin ramai... yang buta IT semakin berkurang...
    Sekian....

    ReplyDelete
  57. yay!!! lebih byk peluang untuk grabber!! trima kasih pak cik2/abang2/makcik/kakak/adik2 teksi.... 😀

    ReplyDelete
  58. Bukan nak burukkan teksi, masalahnya kebanyakkan kali naik teksi, mesti kena tipu. Bukan sekali dua, banyak kali. Kena rompak pun dengan teksi juga. Saya memang prefer GRAB je sekarang. Minta maaf la banyak-banyak.

    ReplyDelete
  59. Sorry tapi sohai, go take taxi, go go, see the pattern

    This article writer dad sure taxi driver so defensive, my dad also taxi driver but i drive grab

    ReplyDelete
  60. pemamdu teksi pun boleh register grab bah. jangan gaduh. sama sama cari makan. ok? selesai lah. lagi hebat kalau pakai dua jenis. teksi pun kamu, grab pun kamu. hahaha....

    ReplyDelete
  61. pelik la org2 bwk teksi ni.. ye kami2 smua phm yg bwk teksi pn ada byk komitmen kn tapi cuba la berubah ikut masa.. suda2 la cri slh org lain.. xleh nk ckp dgn teksi dulu tula ank2 blaja pndai ke pe.. itu sbb ank2 tu yg usaha.. rakyat marah bkn pd khidmat teksi tapi org yg bwk teksi tu je.. yg sya perhati tu sbb kebnyakn yg bwk teksi ni org tua2 je.. jdi dorg xde cra lain lain lgi nk cri duit, tu yg mengamuk2 mcm tu.. tula nmpk pgai org2 bwk teksi mcmna.. siap bole ckp bkn2 kt PM.. malu la sikit whai pmbwk teksi.. dh tua, adab lak x jga lgsg.. skrg mmg majoriti akn cri GRAB n UBER je.. yg bwk teksi sblm ni dh trlalu suka brkasar dgn penumpang soo org x kn naik teksi lgi dh.. yg nmpk mslh sgt tu timbul sbb pembwk teksi ni adalh org yg berumur atau yg sudah tua.. tu yg mslh bsr nye tu.. dorg x de cra lain lgi utk cri rezeki.. jdi mcm2 la timbul dari dorg tu.. ntahla.. persaingn dlm prniagaan mmg sntiasa ada kn.. jdi blja utk brsaing secara sihat.. tu je!!!

    ReplyDelete
  62. Statement ni memberi peluang dan ruang kepada peralihan technology. Dari traditional kpd lebih sistem berteknology. Mungkin inilah masanya syarikat2 online transportation merebut peluang meluaskan kuasa dan perniagaan kerana di KL rasanya majoriti pengguna menggunakan smartphone dan internet. Saya rasa cara mogok bkn penyelesaian. Tp lebih memberi peluang dan ruang kepada pesaing meluaskan perniagaan tambah lagi sistem online transport setakat ini sangat memberi kepuasan kepada pelanggan. Dunia semakin maju tapi kalau minda tidak mahu berubah pada perkara yang sepatutnya mudah ianya akan menjadi terlalu susah.

    ReplyDelete
  63. ni je la level otak pemandu teksi...KL lumpuh ke pemandu teksi yng lumpuh pasni..keh keh keh

    ReplyDelete
  64. Menang jdi arang kalah jdi abu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

"Polis tidak gagal" Timbalan Menteri bidas kenyataan Menteri Perpaduan

AKHIRNYA TERBONGKAR SIAPA NAJIB RAZAK SEBENARNYA