"Polis tidak gagal" Timbalan Menteri bidas kenyataan Menteri Perpaduan
KUALA LUMPUR: “Kalau polis gagal, mungkin ada yang kehilangan nyawa.” Itu penegasan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dalam mempertahankan polis yang menjalankan tugas dengan baik dalam mengawal rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi tadi. Kenyataannya itu menyangkal dakwaan beberapa menteri dan Ahli Parlimen yang mendakwa polis tiba lewat serta tidak berkesan dalam bertindak mengawal insiden berkenaan. Mohd Azis berkata, polis menerima maklumat mengenai kekecohan di kuil berkenaan pada jam 2.40 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian. Bagaimanapun, katanya, kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian dilempar dengan objek dan dihalang oleh kumpulan individu yang berkumpul di hadapan kuil berkenaan, hingga memaksa mereka memanggil pasukan sokongan. “Ketika memanggil pasukan sokongan suasana belum tegang, tapi apabila bantuan tiba, keadaan menjadi kurang terkawal. “Polis terus meminta bantuan Pa