Posts

Showing posts from January, 2019

AKHIRNYA TERBONGKAR SIAPA NAJIB RAZAK SEBENARNYA

Image
Secara asasnya gelaran Orang Besar Berempat tersebut telah wujud semenjak tahun 1830-an lagi iaitu semasa era pemerintahan Bendahara Tun Ali (Hj. Buyong Adil, Sejarah Pahang, hlm. 136). Ketika itu, Bendahara Tun Ali mempunyai orang-orang besar yang kanan bagi membantu pentadbiran negeri yang terdiri daripada : 1. Orang Kaya Indera Shahbandar di Pekan 2. Orang Kaya Indera Maharaja Perba di Jelai 3. Orang Kaya Indera Segara di Temerloh 4. Orang Kaya Indera Pahlawan di Chenor Setiap Orang Besar Berempat (Four Noblemen of The Royal Court) ini mempunyai kawasan pentadbiran masing-masing. Semasa persidangan kelima Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8 Oktober 1891, telah ditetapkan kawasan pegangan bagi setiap Orang Besar berempat ini iaitu (Dr. W. Linehan, JMBRAS, vol. XIV, pt. II, 1936, hlm. 201) : 1. Orang Kaya Indera Shahbandar : Dari Sungai Bebar ke Kuala Lepar 2. Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai : Dari Tanjung Lindung sepanjang Sungai Jelai ke Perak dan Kelantan (kecuali Sungai Li