Posts

"Polis tidak gagal" Timbalan Menteri bidas kenyataan Menteri Perpaduan

Image
KUALA LUMPUR: “Kalau polis gagal, mungkin ada yang kehilangan nyawa.” Itu penegasan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dalam mempertahankan polis yang menjalankan tugas dengan baik dalam mengawal rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi tadi. Kenyataannya itu menyangkal dakwaan beberapa menteri dan Ahli Parlimen yang mendakwa polis tiba lewat serta tidak berkesan dalam bertindak mengawal insiden berkenaan. Mohd Azis berkata, polis menerima maklumat mengenai kekecohan di kuil berkenaan pada jam 2.40 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian. Bagaimanapun, katanya, kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian dilempar dengan objek dan dihalang oleh kumpulan individu yang berkumpul di hadapan kuil berkenaan, hingga memaksa mereka memanggil pasukan sokongan. “Ketika memanggil pasukan sokongan suasana belum tegang, tapi apabila bantuan tiba, keadaan menjadi kurang terkawal. “Polis terus meminta bantuan Pa...

LDP sesak, kenderaan polis ditahan

Image
  SUBANG JAYA 26 Nov. - Kehadiran lebih daripada 1,000 masyarakat India yang berkumpul di Kuil Maha Sri Mariamman, Putra Heights ekoran berlakunya rusuhan awal pagi tadi menyebabkan laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) menghala ke Shah Alam mengalami kesesakan. Lebih memburukkan keadaan apabila sekumpulan lelaki menahan sebuah trak polis yang melalui laluan berkenaan sambil menyalakan siren kira-kira pukul 9 malam tadi. Ekoran daripada tindakan provokasi tersebut, trak polis tersebut tidak dapat bergerak lebih dari lima minit menyebabkan ratusan kenderaan lain di belakang terkandas akibat kesesakan. Sehingga kini beberapa kenderaan masih mengharungi kesesakan ekoran kumpulan lelaki tersebut menahan kenderaan sambil merakam video serta bertepuk tangan di lebuh raya.  - UTUSAN ONLINE

Guna cermin 'sekodeng' gadis mandi

Image
MIRI: Seorang wanita tergamam apabila melihat sekeping cermin tiba-tiba ‘muncul’ menerusi tingkap bilik air rumahnya di Tudan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun ketika itu sedang mandi sebelum menyedari diintai oleh seorang lelaki. Sumber memberitahu NSTP, mangsa kemudian meminta abangnya memeriksa keadaan di luar rumahnya sebelum menemui seorang lelaki berusia lingkungan 50-an sedang bersembunyi. “Selepas didesak, suspek yang juga jiran mangsa itu mengakui mengintai mangsa dengan menggunakan cermin berkenaan,” katanya. Katanya, keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. “Sejurus menerima laporan, suspek ditahan polis di kediamannya pada jam 2 petang hari sama,” katanya. Katanya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 447 Kanun keseksaan. - BERITA...

DIKELAR SEHINGGA MATI DAN DIBIARKAN TEPI LEBUH RAYA...DI MANA KEADILAN UNTUK NUR SYUHADA?

Image
NUR SYUHADA Johari baru berusia 20 tahun. Dia adalah pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan UITM. Akhbar yang menemuramah bapa Nur Syuhada pernah melaporkan, sewaktu di bangku sekolah, beliau mengenali seorang pemuda bernama Syarafi Abu yang tinggal berhampiran rumahnya. Namun pemuda yang tujuh tahun lebih tua darinya itu seringkali menganggunya. Malah, ketika Nur Syuhada di tingkatan lima, pemuda itu pernah bertindak ganas dengan memecah pintu rumah untuk membawanya keluar. Syarafi rupanya seorang penagih dadah dan pernah ditahan polis. Disebabkan perangainya itu, bapa Nur Syuhada melarang dia berkawan dengan Syarafi, malah bapanya juga pernah membuat laporan polis ketika pemuda itu membawa lari anaknya. Syarafi kemudiannya bekerja di Melaka. Ini melegakan keluarga Nur Syuhada namun dia tetap mengacau gadis tersebut. Kalau tak jawab telefon, dia hantar mesej marah-marah dan ugut Nur Syuhada. Kemuncaknya pada 2 Februari 2015, kira-k...

"Saya Berhenti Terima Rawatan Kerana Ramai Mahu Saya Mati"

Image
Baru-baru ini Elyana mendedahkan kanser yang dihidapinya semakin parah dan sudah merebak ke tulang belakang. Terbaru, Elyan memberitahu sudah putus asa melawan sakitnya kerana sedih dengan netizen yang mahukannya mati. Difahamkan terdapat seorang pengguna Instagram yang ‘menyekolahkan’ Elyana konon memberi nasihat mengenai aurat. Bagaimanapun Elyana kecewa dengan sikap individu itu yang tiada sensitiviti dengan keadaanya sekarang. Terlalu kecewa dengan sikap individu tersebut, Elyana memberitahu beliau tidak akan memaafkannya. Kemudian menerusi Instastory, Elyana mendedahkan beliau mahu menghentikan segala rawatan kerana ramai menginginkannya mati. Selain itu, Elyana menulis sebelum ini semangatnya kuat untuk melawan sakit yang dihadapinya namun kerana sikap netizen yang keterlaluan, semangatnya kembali ‘jatuh’ selain mengucapkan terima kasih kepada netizen. Hasil pemerhatian kami juga, Elyana kini sudah menutup akaun Instagramnya. Sedih melihat masyarakat seka...

'Nantikan 'amukan' pemandu teksi jika...'

Image
KUALA LUMPUR - Persatuan teksi tidak teragak-agak untuk 'menunjukkan taring' mereka sekiranya menteri yang bertanggungjawab terus mengabaikan mereka. Timbalan Yang Dipertua Gabungan Teksi SeMalaysia, S Manoharan berkata, tindakan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang dilihat tidak berperanan  dalam menyelesaikan isu yang membelenggu pemandu teksi menjadikan nasib mereka makin parah. Jelasnya, dakwaan Loke Siew Fook yang  acap kali menganggap isu teksi hanya membabitkan segelintir pemandu adalah salah sama sekali. "Dia kata segelintir sahaja dia cubalah... Boleh jadi protes seluruh negeri sebab dia selalu kata segelintir apa ini, menteri mahu buli pemandu teksi ke, kalau nak tengok kekuatan pemandu teksi sekali lagi cabar kata segelintir kita akan bertindak saya tidak mahu lagi dengar kata segelintir," katanya selepas bertemu dengan wakil  Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Kuala Lumpur Sentral, di sini hari ini. [ARTIKEL...

PEMANDU TEKSI AKAN LUMPUHKAN KL JIKA TUN M ENGGAN LETAK JAWATAN

Image
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Tuan-tuan, saudara dan saudari, Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr. Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap. Tuan-tuan, di media sosial kini penyokong-penyokong Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu-pemandu teksi. Kita digelar orang yang busuk, gasar, kita orang yang biadap dan pemandu teksi dikatakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi. Tidak cukup kita dihina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber. Tanya diri tuan-tuan sendiri, adakah kita bodoh, biadap seperti mereka katakan? Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun, di kalangan kita ada yang anak-anak sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi. Tuan-tuan, bila penyokong Kerajaan galak memburuk-burukkan kita di media sosial lama-lama orang ramai tidak mahu guna perkhidma...