Posts

Nak tengok muka pembunuh anak saya - Ibu Adib

Image
ALOR SETAR: "Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu...sampai bunuh anak saya," demikian luahan Asma Aziz, 51, iaitu ibu kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang maut akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, bulan lalu. Asma berkata, besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat individu tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan sebagai pembelaan terhadap kematian anaknya itu. Dan apabila waktu itu tiba nanti, Asma berkata, dirinya sendiri mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa Muhammad Adib ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara. "Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan, apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini. Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusuhan, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN), ke...

Diserang netizen: FB Waytha Moorthy tak dapat diakses?

Image
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy menjadi sasaran serangan netizen susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, malam tadi. Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan negara dan integrasi nasional, beliau didakwa gagal memainkan peranan dalam isu rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya. Terlebih dahulu, ‘page’ Facebook yang menggunakan nama Waytha Moorthy Ponnusamy mengundang kemarahan warga Facebook apabila menggunakan foto Muhammad Adib sebagai gambar profilnya. Bagaimanapun, melalui carian di Facebook, ‘page’ tersebut kini didapati tidak lagi dapat diakses. Namun, ia tidak menghalang netizen daripada menyerang Facebook peribadi Waytha Moorthy yang kebanyakannya mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai menteri. Awal pagi tadi, Waytha Moorthy dalam satu kenyataan berkata, beliau menyifatkan Allahyarham Muhammad Adib sebagai anggota bomba yang berani dan berwibawa dan telah b...

"Polis tidak gagal" Timbalan Menteri bidas kenyataan Menteri Perpaduan

Image
KUALA LUMPUR: “Kalau polis gagal, mungkin ada yang kehilangan nyawa.” Itu penegasan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dalam mempertahankan polis yang menjalankan tugas dengan baik dalam mengawal rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi tadi. Kenyataannya itu menyangkal dakwaan beberapa menteri dan Ahli Parlimen yang mendakwa polis tiba lewat serta tidak berkesan dalam bertindak mengawal insiden berkenaan. Mohd Azis berkata, polis menerima maklumat mengenai kekecohan di kuil berkenaan pada jam 2.40 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian. Bagaimanapun, katanya, kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian dilempar dengan objek dan dihalang oleh kumpulan individu yang berkumpul di hadapan kuil berkenaan, hingga memaksa mereka memanggil pasukan sokongan. “Ketika memanggil pasukan sokongan suasana belum tegang, tapi apabila bantuan tiba, keadaan menjadi kurang terkawal. “Polis terus meminta bantuan Pa...

LDP sesak, kenderaan polis ditahan

Image
  SUBANG JAYA 26 Nov. - Kehadiran lebih daripada 1,000 masyarakat India yang berkumpul di Kuil Maha Sri Mariamman, Putra Heights ekoran berlakunya rusuhan awal pagi tadi menyebabkan laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) menghala ke Shah Alam mengalami kesesakan. Lebih memburukkan keadaan apabila sekumpulan lelaki menahan sebuah trak polis yang melalui laluan berkenaan sambil menyalakan siren kira-kira pukul 9 malam tadi. Ekoran daripada tindakan provokasi tersebut, trak polis tersebut tidak dapat bergerak lebih dari lima minit menyebabkan ratusan kenderaan lain di belakang terkandas akibat kesesakan. Sehingga kini beberapa kenderaan masih mengharungi kesesakan ekoran kumpulan lelaki tersebut menahan kenderaan sambil merakam video serta bertepuk tangan di lebuh raya.  - UTUSAN ONLINE

Guna cermin 'sekodeng' gadis mandi

Image
MIRI: Seorang wanita tergamam apabila melihat sekeping cermin tiba-tiba ‘muncul’ menerusi tingkap bilik air rumahnya di Tudan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun ketika itu sedang mandi sebelum menyedari diintai oleh seorang lelaki. Sumber memberitahu NSTP, mangsa kemudian meminta abangnya memeriksa keadaan di luar rumahnya sebelum menemui seorang lelaki berusia lingkungan 50-an sedang bersembunyi. “Selepas didesak, suspek yang juga jiran mangsa itu mengakui mengintai mangsa dengan menggunakan cermin berkenaan,” katanya. Katanya, keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. “Sejurus menerima laporan, suspek ditahan polis di kediamannya pada jam 2 petang hari sama,” katanya. Katanya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 447 Kanun keseksaan. - BERITA...

DIKELAR SEHINGGA MATI DAN DIBIARKAN TEPI LEBUH RAYA...DI MANA KEADILAN UNTUK NUR SYUHADA?

Image
NUR SYUHADA Johari baru berusia 20 tahun. Dia adalah pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan UITM. Akhbar yang menemuramah bapa Nur Syuhada pernah melaporkan, sewaktu di bangku sekolah, beliau mengenali seorang pemuda bernama Syarafi Abu yang tinggal berhampiran rumahnya. Namun pemuda yang tujuh tahun lebih tua darinya itu seringkali menganggunya. Malah, ketika Nur Syuhada di tingkatan lima, pemuda itu pernah bertindak ganas dengan memecah pintu rumah untuk membawanya keluar. Syarafi rupanya seorang penagih dadah dan pernah ditahan polis. Disebabkan perangainya itu, bapa Nur Syuhada melarang dia berkawan dengan Syarafi, malah bapanya juga pernah membuat laporan polis ketika pemuda itu membawa lari anaknya. Syarafi kemudiannya bekerja di Melaka. Ini melegakan keluarga Nur Syuhada namun dia tetap mengacau gadis tersebut. Kalau tak jawab telefon, dia hantar mesej marah-marah dan ugut Nur Syuhada. Kemuncaknya pada 2 Februari 2015, kira-k...

"Saya Berhenti Terima Rawatan Kerana Ramai Mahu Saya Mati"

Image
Baru-baru ini Elyana mendedahkan kanser yang dihidapinya semakin parah dan sudah merebak ke tulang belakang. Terbaru, Elyan memberitahu sudah putus asa melawan sakitnya kerana sedih dengan netizen yang mahukannya mati. Difahamkan terdapat seorang pengguna Instagram yang ‘menyekolahkan’ Elyana konon memberi nasihat mengenai aurat. Bagaimanapun Elyana kecewa dengan sikap individu itu yang tiada sensitiviti dengan keadaanya sekarang. Terlalu kecewa dengan sikap individu tersebut, Elyana memberitahu beliau tidak akan memaafkannya. Kemudian menerusi Instastory, Elyana mendedahkan beliau mahu menghentikan segala rawatan kerana ramai menginginkannya mati. Selain itu, Elyana menulis sebelum ini semangatnya kuat untuk melawan sakit yang dihadapinya namun kerana sikap netizen yang keterlaluan, semangatnya kembali ‘jatuh’ selain mengucapkan terima kasih kepada netizen. Hasil pemerhatian kami juga, Elyana kini sudah menutup akaun Instagramnya. Sedih melihat masyarakat seka...