Guna cermin 'sekodeng' gadis mandi



MIRI: Seorang wanita tergamam apabila melihat sekeping cermin tiba-tiba ‘muncul’ menerusi tingkap bilik air rumahnya di Tudan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun ketika itu sedang mandi sebelum menyedari diintai oleh seorang lelaki.

Sumber memberitahu NSTP, mangsa kemudian meminta abangnya memeriksa keadaan di luar rumahnya sebelum menemui seorang lelaki berusia lingkungan 50-an sedang bersembunyi.

“Selepas didesak, suspek yang juga jiran mangsa itu mengakui mengintai mangsa dengan menggunakan cermin berkenaan,” katanya.

Katanya, keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

“Sejurus menerima laporan, suspek ditahan polis di kediamannya pada jam 2 petang hari sama,” katanya.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 447 Kanun keseksaan.

- BERITA HARIAN - 

Comments

Popular posts from this blog

Diserang netizen: FB Waytha Moorthy tak dapat diakses?

"Polis tidak gagal" Timbalan Menteri bidas kenyataan Menteri Perpaduan

PEMANDU TEKSI AKAN LUMPUHKAN KL JIKA TUN M ENGGAN LETAK JAWATAN