LDP sesak, kenderaan polis ditahan

 Halang kenderaan polis

SUBANG JAYA 26 Nov. - Kehadiran lebih daripada 1,000 masyarakat India yang berkumpul di Kuil Maha Sri Mariamman, Putra Heights ekoran berlakunya rusuhan awal pagi tadi menyebabkan laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) menghala ke Shah Alam mengalami kesesakan.

Lebih memburukkan keadaan apabila sekumpulan lelaki menahan sebuah trak polis yang melalui laluan berkenaan sambil menyalakan siren kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ekoran daripada tindakan provokasi tersebut, trak polis tersebut tidak dapat bergerak lebih dari lima minit menyebabkan ratusan kenderaan lain di belakang terkandas akibat kesesakan.

Sehingga kini beberapa kenderaan masih mengharungi kesesakan ekoran kumpulan lelaki tersebut menahan kenderaan sambil merakam video serta bertepuk tangan di lebuh raya.

 - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Diserang netizen: FB Waytha Moorthy tak dapat diakses?

"Polis tidak gagal" Timbalan Menteri bidas kenyataan Menteri Perpaduan

PEMANDU TEKSI AKAN LUMPUHKAN KL JIKA TUN M ENGGAN LETAK JAWATAN