Nak tengok muka pembunuh anak saya - Ibu Adib
ALOR SETAR: "Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu...sampai bunuh anak saya," demikian luahan Asma Aziz, 51, iaitu ibu kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang maut akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, bulan lalu. Asma berkata, besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat individu tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan sebagai pembelaan terhadap kematian anaknya itu. Dan apabila waktu itu tiba nanti, Asma berkata, dirinya sendiri mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa Muhammad Adib ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara. "Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan, apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini. Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusuhan, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN), ke