"Saya Berhenti Terima Rawatan Kerana Ramai Mahu Saya Mati"
Baru-baru ini Elyana mendedahkan kanser yang dihidapinya semakin parah dan sudah merebak ke tulang belakang. Terbaru, Elyan memberitahu sudah putus asa melawan sakitnya kerana sedih dengan netizen yang mahukannya mati. Difahamkan terdapat seorang pengguna Instagram yang ‘menyekolahkan’ Elyana konon memberi nasihat mengenai aurat. Bagaimanapun Elyana kecewa dengan sikap individu itu yang tiada sensitiviti dengan keadaanya sekarang. Terlalu kecewa dengan sikap individu tersebut, Elyana memberitahu beliau tidak akan memaafkannya. Kemudian menerusi Instastory, Elyana mendedahkan beliau mahu menghentikan segala rawatan kerana ramai menginginkannya mati. Selain itu, Elyana menulis sebelum ini semangatnya kuat untuk melawan sakit yang dihadapinya namun kerana sikap netizen yang keterlaluan, semangatnya kembali ‘jatuh’ selain mengucapkan terima kasih kepada netizen. Hasil pemerhatian kami juga, Elyana kini sudah menutup akaun Instagramnya. Sedih melihat masyarakat seka