"Saya Berhenti Terima Rawatan Kerana Ramai Mahu Saya Mati"

Baru-baru ini Elyana mendedahkan kanser yang dihidapinya semakin parah dan sudah merebak ke tulang belakang. Terbaru, Elyan memberitahu sudah putus asa melawan sakitnya kerana sedih dengan netizen yang mahukannya mati.

Difahamkan terdapat seorang pengguna Instagram yang ‘menyekolahkan’ Elyana konon memberi nasihat mengenai aurat. Bagaimanapun Elyana kecewa dengan sikap individu itu yang tiada sensitiviti dengan keadaanya sekarang.

Terlalu kecewa dengan sikap individu tersebut, Elyana memberitahu beliau tidak akan memaafkannya. Kemudian menerusi Instastory, Elyana mendedahkan beliau mahu menghentikan segala rawatan kerana ramai menginginkannya mati.

Selain itu, Elyana menulis sebelum ini semangatnya kuat untuk melawan sakit yang dihadapinya namun kerana sikap netizen yang keterlaluan, semangatnya kembali ‘jatuh’ selain mengucapkan terima kasih kepada netizen.

Hasil pemerhatian kami juga, Elyana kini sudah menutup akaun Instagramnya. Sedih melihat masyarakat sekarang yang lebih ‘rajin’ mengira dosa pahala orang lain daripada mendoakan yang baik-baik apabila orang lain tengah kesakitan. (rtky/w)

Sumber - RotiKaya

Comments

  1. Casino 2021 - drmcd
    Casino 2021 고양 출장마사지 - Drmcd has teamed up with us 제천 출장안마 for a special experience. This casino 안동 출장샵 is not yet live! Find 논산 출장마사지 out more! Play 익산 출장안마 now! Rating: 4.1 · ‎1,746 reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diserang netizen: FB Waytha Moorthy tak dapat diakses?

"Polis tidak gagal" Timbalan Menteri bidas kenyataan Menteri Perpaduan

PEMANDU TEKSI AKAN LUMPUHKAN KL JIKA TUN M ENGGAN LETAK JAWATAN