'Saya taknak cakap dengan orang tak sekolah', kata ADUN samseng
Beberapa rakaman video 'ADUN Samseng' tular lagi. Kali ini Adun ini mengherdik dan menghina orang yang lebih tua darinya kerana ketidak setujuan tentang isu jalan ditutup di satu taman perumahan.
Tidak jelas masalah yang diperbincangkan namun yang mengecewakan, Adun Pengkalan Batu (DAP), Norhizam Hassan Baktee ini masih tetap dengan gaya samsengnya. Dengan gaya biadab dan kurang ajar mengherdik-herdik seorang pakcik yang datang untuk memberi surat (mungkin surat bantahan atau surat rayuan).
Jelas kedengaran di dalam rakaman video, Norhizam Hassan Baktee yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka menghina pakcik itu sebagai orang yang tidak sekolah.
"Saya tak nak bercakap dengan orang yang tak bersekolah," kata Norhizam dengan nada yang menghina.
VIDEO>>
Rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Norhizam yang
angkuh dan soombong serta tiada adab dengan orang yang lebih berumur
darinya.
Sebelum ini Norhizam mendapat kecaman netizen apabila menceroboh tempat simpanan baja orang kampung dan menuduh mereka mencuri dan menyorokkan baja subsidi. Tuduhan itu dijawab oleh orang kampung sebagai fitnah dan laporan polis telah dibuat ke atas Norhizam namun sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil.
Sepatutnya sebagai seorang YB, beliau perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik. Jika ada bantahan dari penduduk tanganilah dengan cara yang beradab dan bijaksana.
Namun apakan daya, Malaysia telah memilih pemimpin yang samseng begini. Tunggulah 5 tahun lagi jika mahu tukar. Sabar ajalah. – AbuLeman
© 'Saya taknak cakap dengan orang tak sekolah', kata ADUN samseng - Abu Leman
Sumber: https://abuleman.blogspot.com/2018/10/saya-taknak-cakap-dengan-orang-tak-sekolah-norhizam.html

Comments
Post a Comment